- Burj Khalifa (Dubai)

Burj Khalifa (Bahasa Arab: برج خليفة "Menara Khalifa"), dahulunya dikenali sebagai Burj Dubai, ialah sebuah pencakar langit teramat tinggi yang didirikan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, dan juga struktur binaan manusia tertinggi yang pernah dibina dalam sejarah, pada 828 m (2,717 ka). Pembinaan bermula pada 21 September 2004, sehingga struktur luarannya disiapkan pada 1 Oktober 2009 dan dibuka secara rasmi pada 4 Januari 2010. Bangunan ini merupakan sebahagian porjek pembangunan besar-besaran seluas 2 km2 (490-ekar) yang dikenali sebagai Downtown Burj Khalifadi "Persilangan Pertama" di sepanjang Jalan Sheikh Zayed, berhampiran kawasan perniagaan utama Dubai. Skidmore, Owings dan Merrill, LLP (Chicago) merupakan jurubina dan jurutera menara ini. Bill Baker, Ketua Jurutera Struktur projek ini, mencipta sistem struktur teras bersagang untuk membolehkan menara ini mencapai ketinggian luar biasa sambil berjimat cermat. Adrian Smith yang bekerja bersama Skidmore, Owings dan Merrill (SOM) sehingga tahun 2006, bertugas selaku Rakan Rekabentuk dalam projek ini.
Pembina utamanya merupakan usahasama antara syarikat Samsung C&T dari Korea Selatan yang pernah membina Taipei 101 dan Menara Berkembar Petronas, kumpulan Besix dari Belgium dan Arabtec dari EAB. Turner Construction Company dilantik sebagai pengurus projek pembina. Mengikut undang-undang EAB, pihak Kontraktor dan Jurutera Rekod bertanggungjawab bersama dan berasingan atas prestasi Burj Dubai. Oleh itu, dengan menerima reka bentuk SOM serta dilantik sebagai Jurubina dan Jurutera Rekod, Hyder Consulting menjadi Penasihat Rekabentuk untuk menara ini.
Jumlah perbelanjaan projek Burj Khalifa dianggarkan sekitar AS$1.5 bilion; dan untuk seluruh projek "Downtown Dubai" pula, AS$20 bilion. Mohamed Ali Alabbar, Ketua Pegawai Eksekutif Emaar Properties, ketika berucap di Kongres Dunia ke-8 Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar, mengumumkan bahawa harga ruang pejabat di Burj Khalifa telah mencecah AS$4,000 sekaki persegi (atau lebih AS$43,000 semeter persegi), lebih-lebih lagi Armani Residences yang juga terletak di Burj Khalifa, dijual pada AS$3,500 sekaki persegi (lebih AS$37,500 semeter persegi).
- Menara Abraj Al Bait (Makkah)
Menara Abraj Al Bait adalah sebuah kompleks bangunan yang sedang dalam pembinaan di Kota Makkah, Arab Saudi. Apabila siap, menara tertinggi kompleks ini akan menjadi bangunan tertinggi di Arab Saudi dan kedua di Timur Tengah setelah Burj Dubai di Dubai, Emiriah Arab Bersatudan antara bangunan tertinggi di dunia dengan ketinggian 595 m (1,952 ka). Sementara itu, jika jumlah lantai di ketujuh-tujuh kompleks menara ini dihitung bersama, maka jumlah luas lantainya diperkirakan mencapai 1,450,000 meter persegi (15,600,000 ka persegi) dan akan menjadi binaan dengan jumlah luasa lantai terbesar di dunia, mengalahkan Aalsmeer Flower Auction di Aalsmeer, Belanda yang menjadi pemegang rekod hingga saat ini. Projek ini dijangkakan siap pada 2011 dengan luas lantai 15,600,000 kaki persegi (1,450,000 m²).
Lokasi menara ini berada di seberang jalan Masjidil Haram, masjid paling suci umat Islam. Menara Abraj Al Bait dibangun untuk menampung para jemaah haji yang semakin banyak datang ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji. Perniagaan perhotelan yang semakin lama menjadi berkembang di bandar raya ini juga tidak terlepas dari banyaknya jumaah haji ini. Selain itu, Menara Abraj Al Bait ini juga dirancang untuk mampu menampung jemaah haji sampai dengan 65,000 orang.
- Taipei 101 (Taipe)

Taipei 101 (Cina Tradisional: 臺北101 atau 台北101, Cina Ringkas: 台北101, pinyin: Táiběi Yīlíngyī) ialah sebuah pencakar langit yang mempunyai 101 tingkat dan terletak di ibu kota Taiwan iaitu Taipei. Direka oleh C.Y. Lee dan dibina oleh KTRT Joint Venture, ia adalah bangunan tertinggi di dunia. Nama asalnya ialah Pusat Kewangan Dunia Taipei, berdasarkan nama rasmi Cinanya, iaitu Pusat Kewangan Antarabangsa Taipei (Cina Tradisional: 臺北國際金融中心; pinyin: Táiběi Guójì Jīnróng Zhōngxīn).
- Shanghai World Financial Center (Shanghai)

Pusat Kewangan Dunia Shanghai (Abbr: SWFC; Cina Ringkas: 上海环球金融中心; Cina Tradisional: 上海環球金融中心; pinyin: Shànghǎi huánqiú jīnróng zhōngxīn) adalah menara mega tinggi yang terletak di Shanghai, China. Menara ini mempunyai pelbagai kegunaan seperti pejabat, hotel,muzium, geladak pemerhati, garaj letak kereta dan kedai.
Pada 14 September 2007, menara pencakar langit tersebut telah mencapai ketinggian 492 meter (1,614 kaki) dan menjadi bangunan tertinggi di China termasuklah Hong Kong dan menjadi bangunan ketiga tertinggi di dunia walaupun masih dalam pembinaan.
- International Commerce Centre (Hong Kong)

The International Commerce Centre (Chinese: 環球貿易廣場) (abbr. ICC Tower) is a 118-storey (see below), 484 m (1,588 ft) commercialskyscraper completed in 2010 in West Kowloon, Hong Kong. It is a part of the Union Square project built on top of Kowloon Station. As of 2013, it is the world's seventh tallest building by height, world's third tallest building by number of floors, as well as the tallest building in Hong Kong.
Notable amenities include The Ritz-Carlton, Hong Kong hotel and an observatory called Sky100.
The ICC Tower faces the second-tallest skyscraper in Hong Kong, the 2 International Finance Centre (abbr. IFC), located directly acrossVictoria Harbour in Central, Hong Kong Island. The IFC Tower was also developed by Sun Hung Kai Properties, along with another major Hong Kong developer, Henderson Land.
From: wikipedia.org
0 komentar:
Post a Comment